Pagi ini on9 di library..
tu jerk~:-))
Renungan...
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Mukadimah
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Khamis, 22 April 2010
Sabtu, 17 April 2010
Majlis Perpisahan Ahli Jawatankuasa IMAN
Salam bicara buat pembaca...
Penat rasanya malam ni, tetapi sedang berusaha juga untuk menaip. Kenyang sangat dengan hidangan malam tadi. Hidangan mee kari serta kuih-muih benar membuka selera yang hampir nak tertutup. Kenapa ana kata nak 'tertutup'? ehehe... sebabnya, zaman sekarang ni, ramai orang sedang menjaga tabiat pemakanan masing-masing. Kalau dah lebih pukul 10 ke atas tu biasanya jarang orang nak membuka 'periuk' mencari makanan berat. Lagipun, janganlah kita terbiasa mengambil makanan berat pada lewat malam. Hal ini adalah kerana pada waktu tersebut, kita tidak bergerak aktif dan bersedia untuk tidur. Jadi, ianya tidak bagus untuk tumbesaran kita. Hahaa.. maaf ya kalau fakta yang ana keluarkan ni ada kesilapannya.ehheh..
Jadi, berbalik kepada tajuk asal kita ialah berkenaan dengan majlis perpisahan yang baru selesai tadi. Agak menyedihkan ramai yang akan keluar daripada Jawatankuasa IMAN semester hadapan. Tambahan pula, mereka-mereka inilah yang sangat diperlukan didalam mana-mana Kelab dan Persatuan. Yang telah pasti keluar ialah Saudari Kak Salihah, Kak Baidura, Saudara Rahimi, Haikal, Hisham, Ariff dan 'Ifwat. Yang lain-lain tu belum dipastikan lagi. Mungkin ada kesulitan buat mereka dalam melakukan gerak kerja IMAN. Hal ini adalah kerana tidak semuanya yang mampu mengurus cara belajar dengan kegiatan luar. Sekiranya kita mampu, janganlah menganggap semua orang macam kita. Adakalanya kita perlu memikirkan tentang keadaan sahabat-sahabat kita. Mungkin ada perkara yang kita sendiri tidak dapat kenal pasti. Apapun, diharapkan mereka dapat menyertai dan memberi sokongan buat kami yang masih dibawah naungan IMAN.
Berkenaan dengan gerak kerja IMAN pada semester hadapan, ana merasakan berkemungkinan ana akan kurang mehadirkan diri dalam setiap mesyuarat. Hal ini kerana semester hadapan ana akan tinggal di luar kampus. Jadi, ana mengalami sedikit kesulitan. Ana harap pimpinan IMAN dapat memahami keadaan ana. Sayang rasanya nak keluar dari IMAN, kerana apabila keluar nanti, pasti kita yang sudah terbiasa dengan kerja dakwah ni akan merasa kerugian yang besar kerana tidak dapat bersama-sama dengan mereka dalam kerja tersebut. Perasaan cemburu pasti akan muncul apabila kita melihat mereka dalam sebuah naungan dakwah dan kerja-kerja Islam, sedangkan kita?
Sangat bermakna ucapan dari saudara 'Ifwat yang ada terselit serangkai kata-kata, "Islam tidak perlukan kita, tapi kita yang memerlukan Islam." Sangat bermakna kan? Bagi pendapat ana, sememangnya Islam tidak akan merasa sedikit kerugian pun jika kita tidak mengkutinya. Tetapi, sebaliknya adalah kita sendiri yang akan merasa kerugian yang besar. Hal ini adalah kerana Islam adalah suatu agama yang indah dan menepati segala fitrah dan kehendak manusia.
Tanpa Islam, kita akan ditindas, diperbodohkan, lemah serta kehidupan kita akan merasa kekosongan. Kita pun akan tertanya tentang apa gunanya kehidupan kita didunia ini.
Sesungguhnya dakwah di dunia ini memang tidak akan pernah terhenti. Apabila kita faham apa maksud dakwah yang sebenarnya pasti kita akan merasa tidak terbeban dengan tanggungjawab ini. Hal ini adalah kerana dakwah tidak semestinya kita berjalan mengelilingi kampus, mengedar risalah, bersuara dan sebagainya. Tetapi, ianya juga turut melibatkan perbuatan dan cara kita mengajak orang sebenarnya. Misalnya, jika seseorang itu tidak mampu menyuruh sahabatnya melakukan amal ibadat dan sebagainya, tetapi beliau masih boleh berdakwah adalah dengan melakukan perbuatan tersebut dihadapan sahabatnya. Bukannya kita mahu menunjuk-nunjuk, tetapi setidaknya dengan cara tersebut, sahabatnya akan mengikuti dan memandang serius terhadap perbuatan dan tingkah laku sahabatnya itu. Perubahan yang akan berlaku bukanlah secara drastik tetapi ianya akan cuba berubah mengikut keadaan sekelilingnya. Hal ini sesuai untuk dipraktikkan kepada mereka yang sangat sukar untuk menerima teguran. Tidak semua manusia akan mudah menerima perubahan. Justeru, ianya perlu dilakukan secara berhikmah.
Menyentuh berkenaan dengan teguran secara berhikmah. Apakah itu berhikmah? Apakah bermaksud teguran secara lembut atau yang mendatangkan kesan semata-mata? Apabila kita menyentuh tentang latarbelakang pelajar-pelajar di kampus ana, ana merasakan perlunya kita menegur dengan secara yang tidak menyakitkan tetapi membawa kesan perubahan kepada mereka. Hal ini adalah kerana, setelah dikaji dengan teliti, kebanyakan daripada mereka ini sangat sukar menerima teguran. Tambahan lagi, terguran-teguran tersebut datang dari golongan yang bertudung labuh dan berkopiah putih. Belum ditegur, sudah mengherdik. Sedangkan mereka sendiri sedia maklum tentang hukum-hakam perbuatan yang mereka sedang lakukan. Minda mereka seolah-olah dibasuh dengan gara hidup masyarakat barat. Mereka sedikitpun tidak merasa malu dan segan apabila menyentuh serta berdua-duaan dengan pasangan mereka yang sudah tentunya bukan muhrim. Yang paling menyedihkan apabila situasi ini terjadi dikalangan mahasiswa yang datang dari sekolah agama, bertudung dan sangat hebat dalam akademik mereka.
Walaupun begitu, kita sebagai da'i tidak bolehlah memandang mereka dari sudut yang buruk. Berkemungkinan mereka yang akan mendahului syurga dari kita. Kerana semuanya terletak ditangan Allah S.W.T.. Kita tidak patut melabel orang berdasarkan pandangan kasar kita sahaja. Berkemungkinan pada hari ini dia melakukan maksiat, tetapi selepas itu dia bertaubat dengan sepenuh hatinya. Justeru, kita sebagai hamba Allah seharusnya kita memudahkan kerjaNya. Menarik manusia ke arah kebaikan, serta menghalang mereka dengan kemampuan kita daripada melakukan sebarang kejahatan.
Hari pun dah masuk pagi, saya sudahi dengan kata-kata hikmah bijaksana daripada Imam An- Nawawi, "Niat adalah ukuran dalam benarnya suatu perbuatan,oleh kerananya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk". Sekian, salam kasih dari saya. Selamat Pagi(",)
Khamis, 15 April 2010
INTRO dari ana
Salam bicara yang pertama buat pengunjung blog ana.
Dah lama rasanya tidak mengarang. Sebenarnya, dah lama ana mencipta blog ana ni tapi tidak mampu rasanya memperuntukkan masa untuk perkara-perkara ini. InsyaAllah, ana akan cuba mendisiplinkan diri ini untuk cuba mengarang serta mengolah buah fikiran ini. Walaupun apa yang ana cuba sampaikan ini mungkin tidaklah sehebat blog-blog yang diluar sana, ana akan cuba mencari ilham untuk diri ana sebagai persediaan untuk ana mengahadapi alam dewasa kelak. Nak tergelak pun ada bila bangkitkan isu alam dewasa ni. Apakah ana ini belum dewasa? Adakah umur penentu samada kita ini dewasa atau tidak?
Itulah yang bakal ana selami di peringkat umur ana sekarang ini yang hampir mencecah 20 tahun pada hujung Disember ini.
Dah lama rasanya tidak mengarang. Sebenarnya, dah lama ana mencipta blog ana ni tapi tidak mampu rasanya memperuntukkan masa untuk perkara-perkara ini. InsyaAllah, ana akan cuba mendisiplinkan diri ini untuk cuba mengarang serta mengolah buah fikiran ini. Walaupun apa yang ana cuba sampaikan ini mungkin tidaklah sehebat blog-blog yang diluar sana, ana akan cuba mencari ilham untuk diri ana sebagai persediaan untuk ana mengahadapi alam dewasa kelak. Nak tergelak pun ada bila bangkitkan isu alam dewasa ni. Apakah ana ini belum dewasa? Adakah umur penentu samada kita ini dewasa atau tidak?
Itulah yang bakal ana selami di peringkat umur ana sekarang ini yang hampir mencecah 20 tahun pada hujung Disember ini.
Langgan:
Catatan (Atom)