Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Sabtu, 18 Disember 2010

Sedapnya hingga menjilat jari :P


Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat pengunjung

Bertuah rasanya berada di Malaysia
Aman daripada segala bentuk peperangan
Tapi teringin juga nak terkorban dalam peperangan, dapat juga mati syahid sebab membela negara, agama & keluargaapapun, sebenarnya kat mana-mana pun kita boleh syahidmisalnya, mati dalam perjalanan menuntut ilmu.
Teringin sangat nak syahid, tapi apakah amalan kita dah cukup sempurna untuk meyakinkan Allah mengambil kita dalam keadaan syahid.
cuba tengok gmbr ni, bahagia kan mereka yang syahid? :)

Oklah, cukup itu sahaja sebagai pembuka minda kalian.

Disini nak kongsi sikit dengan kalian tentang salah satu daripada Sunnah Rasulullah SAW.
Sunnah ni selalu ja kita terlupa dalam hal yang kita tak p
ernah lupa. Bak kata orang pula, tak payah suruh, mesti buat punya.
Apakah?
JENG3.....

Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

haa...selalukah kita buat?
yolah, makan tu memang selalu, tapi jarang-jarang kita praktikkan makan dengan sunnah Rasulullah ni.
Tambahan pula, zaman sekarang ni banyaknya makan dengan sudu atau garfu.
Sebenarnya, bila kita fikirkan semula, ada kelebihannya mengikuti sunnah Rasulullah ni.
Kenapakah??
Baiklah, saya nak kongsi dengan kalian tentang satu hadis ni, Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa maksud:

"jika satu suap makanan salah seorang diantara kalian jatuh, ambillah, lalu bersihkan kotorannya, jangan biarkan untuk setan. Jangan membersihkan tangannya dengan sapu tangan, namun jilatlah jari-jarinya karena dia tidak mengetahui bagian mana dari makanannya yang mengandung kebe
rkahan". (HR Muslim).

Nak tahu hikmahnya kita makan guna jari??

Imam Al-Ghazali, dalam kitab Ihya’ Ulumiddinnya, menjelaskan,
“Aktifitas makan itu dapat dilihat dari 4 sisi, yaitu makan dengan menggunakan satu jari dapat menghindarkan seseorang dari sifat marah, dengan dua jari akan menghindarkan dari sifat sombong, makan dengan tiga jari akan menghindarkan dari sifat lupa dan makan dengan menggunakan empat atau lima jari dapat menghindarkan dari sifat rakus"
haaa...

"err..habis tu, kalau makan nasi atau apa2 yg berkuah cmana plak?"

jawapannya: Sebenarnya, kenapa Rasulullah pada ketika itu makan dengan menggunakan jari adalah kerana Baginda tidak menemukan apapun yang bersih selain daripada jarinya.
Lagi pula, menjadikan setiap suap yang masuk ke dalam mulut dapat dikunyah dan bercampur dengan air liur dengan baik sehingga kita tidak akan mengalami gangguan pencernaan. Mengikuti sunnahnya bukankah dianggap suatu ibadah?
Boleh ja kalau kita nak makan dengan 4@5 jari sekalipun kalau dah nasi tu berkuah. takkan nak sental dengan 3 jari jugak kot? alamatnya, kena gelar "makngot" la..hik3
Tapi, jangan p sental 20jari plak yer..hoho
tu ja nak disampaikan, harap bermanfaat ^_^
Salam kasihhh!

Isnin, 25 Oktober 2010

Untuk Perhatian Hati


Sepi hati terjadi lagi, mungkin sampai mati aku akan tetap sepi. Biarla senyum ni hadir di hari-hariku, namun ini hanya ada di bibir saja. Bukan senang meluahkan rasa yang terpendam, apatah lagi seorang wanita. Semuanya hanya air mata. Masih adakah yang mampu memahami? Hati ini, aku boleh memahami, walaupun ada yang mahu memahami, namun betapa berat beban hidup yang aku rasakan. Biarlah aku sahaja yang tahu.

Pengajaran buat sang lelaki, sebelum ingin mengenali cinta, kenali dulu sang wanita. Kelak cinta yang hadir, suram. Tiada pemahaman antara satu sama lain. Aku ini inginkan seorang lelaki yang boleh memahami hati dan perangai wanita. Untuk apa dipaksa melakukan sesuatu perkara sedangkan ianya sudah lumrah wanita.
Aku tidak perlu sejarah cinta untuk mengajar kehidupanku. Aku mahu terus berada dalam cinta walau berat pengertian cintaku. Biar duri yang aku lalui mencucuk hatiku, aku perlu kesabaran mengenalinya. Kesabaran yang mampu buat aku tetap berdiri didalamnya.

Lelaki akan berubah apabila berhadapan dengan kerjayanya. Mengapa dicari cinta sebelum bertemu dengan kerjaya mereka. Sifat dan kelakuan mereka berubah. Hati-hati para wanita disakiti atas perubahan mereka. Semakin hari semakin sakit. Untuk apa dibicara sekiranya bertujuan menyakiti. Aku sakit. Wanita sakit.

Hati ini yang dahulunya tidak tahu tentang cinta. Hairan mengenalinya. Kenapa hari-hariku diambil berat sebegitu sekali. Mudahnya hati ini terpaut. Terjatuh. Namun kegembiraannya sebentar. Segalanya berubah. Semakin jauh. Tidak seperti yang lalu. Hati ini ingin perhatian yang dulu. Hati ini kembali mencari, namun hati yang lama dikatakan hilang. Datangnya hati yang baru. Tetapi tidak sama. Tidak sama. Lebih kasar pembawakannya. Hati ini merayu. Merayu. Tapi, hati itu keras. Hati ini menangis. Namun, kesedihan si hati tidak lagi dipandang. Semakin hilang....hilang..tolong selamatkan hati itu...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sawang ditebas semalas-malasnya


Lamanya tak update blog ni
Kalau ada labah-labah yang pandai online sure dia buat istana dalam blog nih..=.='
Sekarang ni sedikit rajin sebabnya dalam minggu EXAM!
GOODLUCK KAMOO~

Khamis, 6 Mei 2010

takottt~

Paper Law bru ja lpas...rsaunya klu kena "repeat"...
huhuhu...

rsa cm xda mood utk paper strusnya..
huwaaa~ aku perlukan semangat...!

Sabtu, 17 April 2010

Majlis Perpisahan Ahli Jawatankuasa IMAN



Salam bicara buat pembaca...

Penat rasanya malam ni, tetapi sedang berusaha juga untuk menaip. Kenyang sangat dengan hidangan malam tadi. Hidangan mee kari serta kuih-muih benar membuka selera yang hampir nak tertutup. Kenapa ana kata nak 'tertutup'? ehehe... sebabnya, zaman sekarang ni, ramai orang sedang menjaga tabiat pemakanan masing-masing. Kalau dah lebih pukul 10 ke atas tu biasanya jarang orang nak membuka 'periuk' mencari makanan berat. Lagipun, janganlah kita terbiasa mengambil makanan berat pada lewat malam. Hal ini adalah kerana pada waktu tersebut, kita tidak bergerak aktif dan bersedia untuk tidur. Jadi, ianya tidak bagus untuk tumbesaran kita. Hahaa.. maaf ya kalau fakta yang ana keluarkan ni ada kesilapannya.ehheh..

Jadi, berbalik kepada tajuk asal kita ialah berkenaan dengan majlis perpisahan yang baru selesai tadi. Agak menyedihkan ramai yang akan keluar daripada Jawatankuasa IMAN semester hadapan. Tambahan pula, mereka-mereka inilah yang sangat diperlukan didalam mana-mana Kelab dan Persatuan. Yang telah pasti keluar ialah Saudari Kak Salihah, Kak Baidura, Saudara Rahimi, Haikal, Hisham, Ariff dan 'Ifwat. Yang lain-lain tu belum dipastikan lagi. Mungkin ada kesulitan buat mereka dalam melakukan gerak kerja IMAN. Hal ini adalah kerana tidak semuanya yang mampu mengurus cara belajar dengan kegiatan luar. Sekiranya kita mampu, janganlah menganggap semua orang macam kita. Adakalanya kita perlu memikirkan tentang keadaan sahabat-sahabat kita. Mungkin ada perkara yang kita sendiri tidak dapat kenal pasti. Apapun, diharapkan mereka dapat menyertai dan memberi sokongan buat kami yang masih dibawah naungan IMAN.

Berkenaan dengan gerak kerja IMAN pada semester hadapan, ana merasakan berkemungkinan ana akan kurang mehadirkan diri dalam setiap mesyuarat. Hal ini kerana semester hadapan ana akan tinggal di luar kampus. Jadi, ana mengalami sedikit kesulitan. Ana harap pimpinan IMAN dapat memahami keadaan ana. Sayang rasanya nak keluar dari IMAN, kerana apabila keluar nanti, pasti kita yang sudah terbiasa dengan kerja dakwah ni akan merasa kerugian yang besar kerana tidak dapat bersama-sama dengan mereka dalam kerja tersebut. Perasaan cemburu pasti akan muncul apabila kita melihat mereka dalam sebuah naungan dakwah dan kerja-kerja Islam, sedangkan kita?

Sangat bermakna ucapan dari saudara 'Ifwat yang ada terselit serangkai kata-kata, "Islam tidak perlukan kita, tapi kita yang memerlukan Islam." Sangat bermakna kan? Bagi pendapat ana, sememangnya Islam tidak akan merasa sedikit kerugian pun jika kita tidak mengkutinya. Tetapi, sebaliknya adalah kita sendiri yang akan merasa kerugian yang besar. Hal ini adalah kerana Islam adalah suatu agama yang indah dan menepati segala fitrah dan kehendak manusia.
Tanpa Islam, kita akan ditindas, diperbodohkan, lemah serta kehidupan kita akan merasa kekosongan. Kita pun akan tertanya tentang apa gunanya kehidupan kita didunia ini.

Sesungguhnya dakwah di dunia ini memang tidak akan pernah terhenti. Apabila kita faham apa maksud dakwah yang sebenarnya pasti kita akan merasa tidak terbeban dengan tanggungjawab ini. Hal ini adalah kerana dakwah tidak semestinya kita berjalan mengelilingi kampus, mengedar risalah, bersuara dan sebagainya. Tetapi, ianya juga turut melibatkan perbuatan dan cara kita mengajak orang sebenarnya. Misalnya, jika seseorang itu tidak mampu menyuruh sahabatnya melakukan amal ibadat dan sebagainya, tetapi beliau masih boleh berdakwah adalah dengan melakukan perbuatan tersebut dihadapan sahabatnya. Bukannya kita mahu menunjuk-nunjuk, tetapi setidaknya dengan cara tersebut, sahabatnya akan mengikuti dan memandang serius terhadap perbuatan dan tingkah laku sahabatnya itu. Perubahan yang akan berlaku bukanlah secara drastik tetapi ianya akan cuba berubah mengikut keadaan sekelilingnya. Hal ini sesuai untuk dipraktikkan kepada mereka yang sangat sukar untuk menerima teguran. Tidak semua manusia akan mudah menerima perubahan. Justeru, ianya perlu dilakukan secara berhikmah.

Menyentuh berkenaan dengan teguran secara berhikmah. Apakah itu berhikmah? Apakah bermaksud teguran secara lembut atau yang mendatangkan kesan semata-mata? Apabila kita menyentuh tentang latarbelakang pelajar-pelajar di kampus ana, ana merasakan perlunya kita menegur dengan secara yang tidak menyakitkan tetapi membawa kesan perubahan kepada mereka. Hal ini adalah kerana, setelah dikaji dengan teliti, kebanyakan daripada mereka ini sangat sukar menerima teguran. Tambahan lagi, terguran-teguran tersebut datang dari golongan yang bertudung labuh dan berkopiah putih. Belum ditegur, sudah mengherdik. Sedangkan mereka sendiri sedia maklum tentang hukum-hakam perbuatan yang mereka sedang lakukan. Minda mereka seolah-olah dibasuh dengan gara hidup masyarakat barat. Mereka sedikitpun tidak merasa malu dan segan apabila menyentuh serta berdua-duaan dengan pasangan mereka yang sudah tentunya bukan muhrim. Yang paling menyedihkan apabila situasi ini terjadi dikalangan mahasiswa yang datang dari sekolah agama, bertudung dan sangat hebat dalam akademik mereka.

Walaupun begitu, kita sebagai da'i tidak bolehlah memandang mereka dari sudut yang buruk. Berkemungkinan mereka yang akan mendahului syurga dari kita. Kerana semuanya terletak ditangan Allah S.W.T.. Kita tidak patut melabel orang berdasarkan pandangan kasar kita sahaja. Berkemungkinan pada hari ini dia melakukan maksiat, tetapi selepas itu dia bertaubat dengan sepenuh hatinya. Justeru, kita sebagai hamba Allah seharusnya kita memudahkan kerjaNya. Menarik manusia ke arah kebaikan, serta menghalang mereka dengan kemampuan kita daripada melakukan sebarang kejahatan.

Hari pun dah masuk pagi, saya sudahi dengan kata-kata hikmah bijaksana daripada Imam An- Nawawi, "Niat adalah ukuran dalam benarnya suatu perbuatan,oleh kerananya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk". Sekian, salam kasih dari saya. Selamat Pagi(",)

Khamis, 15 April 2010

INTRO dari ana

Salam bicara yang pertama buat pengunjung blog ana.

Dah lama rasanya tidak mengarang. Sebenarnya, dah lama ana mencipta blog ana ni tapi tidak mampu rasanya memperuntukkan masa untuk perkara-perkara ini. InsyaAllah, ana akan cuba mendisiplinkan diri ini untuk cuba mengarang serta mengolah buah fikiran ini. Walaupun apa yang ana cuba sampaikan ini mungkin tidaklah sehebat blog-blog yang diluar sana, ana akan cuba mencari ilham untuk diri ana sebagai persediaan untuk ana mengahadapi alam dewasa kelak. Nak tergelak pun ada bila bangkitkan isu alam dewasa ni. Apakah ana ini belum dewasa? Adakah umur penentu samada kita ini dewasa atau tidak?
Itulah yang bakal ana selami di peringkat umur ana sekarang ini yang hampir mencecah 20 tahun pada hujung Disember ini.