Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Rabu, 23 Mac 2011

Ya Allah...saya ingin meminta lagi...

WARNING: Nukilan ini adalah diantara diriku denganNya bukan dengan anda. Tadahkan tanganmu andai keinginanmu juga sepertiku...


Bismillahirrohmanirrohiim...


Ya Allah,hadiahkanlah aku seorang sahabat
yang membantu dalam mengingatkanku padaMu
yang sentiasa menjaga solatnya & solatku
yang menjaga auratnya & auratku
yang tidak pernah mengungkit segala kebaikannya
yang tidak membuatku mengungkit kebaikanku
yang bukannya membiarkn tangisan tetapi yang membantuku mengesatnya
yang sentiasa bersama dalam perjuangan suka duka dijalanMu
yang sentiasa melahirkan kata-kata indah kepadaMu
& yang menjaga kata-katanya keranaMu..keranaMu
.ameen...ameen...ya Rabbal 'alamin..

buat sahabatku yang sedang membaca: Khas untukmu



Jumaat, 18 Mac 2011

Sahabat, maaf..

Sahabat, aku tidak mampu untuk melakarkan kata-kataku sepanjang minggu ini. Aku sangat dirundung kesedihan. Hanya Allah lah tempat aku mengadu. Aku perlukan doamu wahai sahabat agar ditingkatkan keimanan dan kesabaranku. Salam..

Rabu, 16 Mac 2011

Aku cinta kamu...

Bismillah ir-rahman ir-rahim

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh

Alhamdulillah, aku baru tamat Test Operation Management pagi tadi. Malah, kelas untuk minggu ni dah habis. Leganya rasa. Aku sengaja keluar awal test tadi agar boleh siapkan kerja-kerja projek semester ni. Kemudian, bolehlah aku menunggang balik ke Kulim. Lamanya tak balik. Rindunya...
Tapi, segala peranacangan aku telah dihentikan kerana ada tugasan untuk diselesaikan bersama kawan-kawan aku. Tertekan rasanya.

Untuk meluangkan masa yang ada sebelum menanti hari esok, aku ke Pusat Islam. Menenangkan diri ni, walaupun aku tak boleh balik, aku rasa lega sebab aku boleh merehatkan diri sebentar di sini. Syukur rasanya, hari ni aku masih lagi berpeluang untuk mengalunkan ayat-ayat suci dari kalam Allah. AL-QURAN..


Kerana apa ianya diturunkan kepada kita?
Mari kita selak terjemahan kitab al-Quran, surah al-An'am ayat 156 & 157.
"(Kami turunkan Al-Qur'an itu) agar kamu (tidak) mengatakan, "Kitab itu hanya diturunkan kepada du golongan sebelum kami (Yahudi dan Nasrani) dan sungguh, kami tidak memerhatikan apa yang mereka baca,
atau agar kamu (tidak) mengatakan, "Jikalau Kitab itu diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk daripada mereka." Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling dari padanya? Kelak, Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, kerana mereka selalu berpaling.

Haa..dah tahu apa sebabnya? Kita pun tahu kan apa itu Al-Qur'an. Ha! Jangan nak menidakkan kewujudannya apatah lagi menafikannya. Sebagai muslim, kita patut kenal dengannya. Dekatilah ia. Ianya diturunkan kepada kita untuk memperingatkan kita semula. Sebab itu lah kita kena sentiasa membacanya. Bukan sekadar membaca sahaja, malah perlu juga mendalami maksudnya. Bagi yang arif dalam ilmu bahasa arab ni, alhamdulillah. Yang tidak, disyorkan untuk anda membeli terjemahan Al-Quran. Tak mahal pun. Sekarang ni dah banyak dijual, macam-macam warna ada. tak sampai RM50. Saya beli RM40++ ja. Mudah, boleh bawa kemana-mana sahaja. (bernada promoter)

"Malu nak baca Al-Quran laa"
Apa?? Malu? Eh, tak perlu la malu-malu. Ish, malunya tidak bertempat pula :)
Kenapa mesti malu? Sebab tak pandai membaca? Jangan risau, mula pada awal. Kalau tak mula sekarang, bila lagi? Siapa kata tak pandai baca Al-Quran, tidak dapat apa-apa. Cuba baca ni,
Dari Siti Aisyah r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W.(sambut);
"Orang yang pintar membaca Al-Quran (dibangkitkan) bersama para Malaikat Pencatit yang mulia lagi patuh. Sedang orang yang mengaji Al-Quran dengan merangkak, yakni sukar untuk mengeluarkan bunyinya akan memperoleh pahala dua kali ganda."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, kalau anda rasa anda masih membaca merangkak-rangkak dan malu sangat, buanglah sifat tu. Tapi, kena tingkatkan juga pembacaan tu. Nak jadi orang yang berjaya kena banyak usaha. Kalau sudah lancar lidahnya tentulah pahalanya lebih-lebih lagi. Malah, dalam hadith diatas ada mengatakan orang yang pandai membaca Al-Qur'an dan fasih lisannya akan dibangkitkan di hari kiamat bersama para Malaikat Kiraaman Bararah, yakni Malaikat Pencatit amalan yang mulia. Kalau dah dibangkitkan dengan Malaikat yang mulia ni sudah tentulah juga termasuk orang-rang yang dimuliakan. Waaa~ best kan? :)


Betapa ruginya kita yang tidak memanfaatkan al-Quran ni, beli mahal-mahal letak atas almari. MasyaAllah...semoga perkongsian yang sedikit dan sekejap ni dapat membuka pintu hati kita untuk terus mencintai Al-Quran...
Assalamualikum...

p/s: Aku cinta kamu......Al-Quran!

Ahad, 13 Mac 2011

Pemimpin sejati?? Akukah itu??hehe

Kejatuhan kepimpinan Mesir telah menjawab segala persoalan kita. Adakah dia layak digelar pemimpin? Adakah kita, yang telah yakin dengan segala ilmu kepimpinan kita pun layak digelar pemimpin sejati?
Andaikata kita bergelar pemimpin suatu masa nanti, biarlah pemergian kita nanti diiringi dengan tangisan, bukannya kegembiraan.

Semoga perkongsian ni dapat memberi sedikit sebanyak peluang untuk kita bermuhasabah kembali diri kita yang bakal/pernah/sedang bergelar pemimpin.


u/p: sesuai juga untuk sesiapa yang mencari ciri-ciri lelaki sejati. Pemimpin keluarga pun pemimpin jugak kan? ;)

Amatilah bait-bait lirik dari kumpulan nasyid The Zikr, "Pemimpin sejati"
Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah
Yang minta dibantu menegak kebenaran
Yang minta ditegur kalau ia bersalah
Yang tidak menyebut apa jua jasanya
Yang tidak banyak membuat janji manis

Biasanya seorang pemimpin itu
Ia mempunyai ilmu yang sederhana
Jiwanya kental dan juga gigih
Dapat pengalaman dari hidup
Kalau kita nak tahu
Pemimpin yang sejati ia tak berjawatan pun masih dihormati
Oleh semua pengikutnya

Biasanya pemimpin yang sejati itu
Ia tersendiri ada panduan yang diberi
Ada karisma semulajadi
Mendidik pengikut hingga taat setia
Tidak berbelah bagi

#Bagi yang pertama kali tahu tentang lagu ni, bolehlah perdengarkan(download laaaa).

Isnin, 7 Mac 2011

Sedih tentang JODOH??

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Hari ini bersyukur sangat-sangat

Tak tahu kenapa gembira sangat
(Tapi tak boleh seronok sangat)
Terasa seperti Allah telah mendengar doaku
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan iman kepadaku agar terus kuat menghadapi ujianNya selepas ini
Hari ini Allah beri kenikmatan, bila-bila sahaja Dia akan tarik balik

Tadi ada singgah di wall kawan di Facebook
Kemudian, ada terjumpa kawan ni post video klip Akhil Hayy
Tajuk lagu tu "Suara Hidayah"
Waa..
Best :)
Sebab ada nama saya!
Sebenarnya memang dah lama minat dengan lagu-lagunya
Sejak dengar lagu "Kembara di Tanah Gersang"
Terus minat dengan semua yang dikeluarkannya
Samada ceramahnya, ceritanya
Sebelum ni semua sedia maklum dengan kisahnya dengan Waheeda
yang hangat menjadi bualan orang
agak sedih dan ku dapat rasakan perkara ni pun bukanlah kehendak mereka
Tapi sekarang lega apabila mereka dah berkahwin
Sekurang-kurangnya mulut orang boleh ditutup serta fitnah terhadap mereka pun dah hilang
Malah, melihat kepada perubahan yang ditampilkan oleh Waheeda pun kita boleh agak bagaimana Akhil Hayy mendidik isterinya
Semoga mereka kekal bahagia selamanya :)

Alamak~ Terlebih sudah cerita pasal orang
Sebut pasal kahwin, bila dah memasuki alam 20an ni
Selalu ja dengar orang nak kahwin
Tengok dalam Facebook pula, ramai yang sebut nak jodoh nak kahwin
Malah, sekarang ni banyak pula artikel-artikel tentang kahwin
Bukan tu ja, dalam rumah sewa pun sama..eheh
Biasalah tu, semua orang ada keinginan nak kahwin
Cuma ada calon atau tak ada ja
Entahla sempat ke tidak
Tak kisahla tentang jodoh
Kalau Allah nak beri sekarang, InsyaAllah terima
Kalau tak ada, kat syurga kan ada :)
Boleh berkahwin dengan lelaki syurga
Bahagianya
(senyum sorang-sorang)


Bukan apa, tengok lelaki kat dunia ni rasa macam hilang keinginan
OPPS~
Aku masih 'straight'!
.
.
.
Maksudnya, bila tengok lelaki A, dalam hati ni kata,
Dia tidak sesuai untuk dijadikan pemimpin kamu

Bila tengok lelaki B,
Dia terlalu sempurna untuk kamu, sedangkan kamu?
masih bertatih lagi dalam mencari ilmu kehidupan

Kadang-kadang, ianya melemahkan semangatku untuk mengharapkan pada perkara-perkara ni
Jadi, bila fikiran macam tu, hati ni tidak teringin lagi nak bercinta
apatah lagi nak mencari-cari dan menyimpan perasaan
YANG PENTING!
Perlu banyakkan lagi ilmu didada ni
Tumpukan sepenuhnya kepada Allah dan juga pelajaran
Sebab Ilmu di dunia ni kalau berkat, boleh menjamin akhirat

So, chaiyo' kawan-kawan diluar sana
Jangan sedih kerana anda belum bertemu dengan cinta
Kalau dah jodoh kat dunia, tak kemana
Di syurga nanti sentiasa ada :)
ameen...

Ahad, 6 Mac 2011

Sujudku...

Aku Bersujud

Hadirku didalam kedinginan subuh
Menadah tanganku, membisikkan ayat-ayat cintaku padaMu
Aku malu berharap engkau mengerti lagi
Atas kesalahan yang pernah aku perbuat
Hati dan perasaan ku mulai teruji
Selembut doa dalam hati hanyalah Kau mengetahui

Kala panggilanMu
Aku mohon ampunilah aku
Redhailah aku
Ikhlaskan hatiku untuk terus beribadat di keheningan waktu ini kepadaMu
Aku bersujud
Aku berdoa
Hanyalah padaMu
Ya tuhanku

Aku memohon
Keringanan hati
Menentukan pilihan yang terbaik didalam hidupku
Menuju rahmatmu
Berikanlah petunjuk didalam setiap langkah dan pilihanku
Ya Tuhanku

# Karya sendiri kombinasi lagu Aku Bersujud oleh Acha & Irwanshah

Ya Allah, betapa pemaafnya diriMu~

Bismillah ir-rahman ir-rahim

Dari Anas r.a, katanya :
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam !
Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam !
Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit
kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam !
Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula."

MasyaAllah
ALLAH THE ALMIGHTY
Betapa pemaafnya Dia
Boleh sahaja mengampuni dosa-dosa penciptaNya
Sesuai dengan asmaNya
Ya Ghaffar!
Mari kita bermuhasabah kembali
Selama ini, kita sering memaki hamun orang-orang yang mengkhianati kita
Malah sanggup berdendam
Seolah-olah merasakan diri kita ni sudah cukup sempurna untuk menerima kesalahan orang lain
Kembalilah hati-hati kita

Sucikannya semula
Usah dibiarkan marah mengawal diri, iman & akal kita
Belajarlah memaafkan dan melupakan
Hari ni mereka menampar kita
Esok mereka menyelamatkan IMAN kita

u/p: Saya memohon maaf atas keterlanjuran saya selama ini. Samada didalam perbicaraan mahupun tingkah laku.Sesungguhnya, saya bukanlah yang sempurna.

Jumaat, 4 Mac 2011

Cinta lillahi Taala..bilakah hadirnya?

Astaghfirullah..

Aku benar-benar belum memilikinya lagi
Selama ini ku fikir cinta yang ku miliki adalah benar-benar cinta lillahi taala
Ketika itu aku jahil tentang cinta
Sesungguhnya aku buta untuk mentakrifkan apa makna sebenar cinta
Benarkah itu cinta yang Kau anugerahkan kepadaku?
Jika benar, mengapa hatiku tersiksa kerananya?
Jika benar itu cinta rahmatMu, mengapa aku hampir mendapat kemurkaanMu?
Jika benar itu cinta redhaMu, mengapa aku mengecapinya hanya sebentar?
Bukankah cinta pemberianMu itu mampu menyatukan jiwa dan perasaan yang saling memerlukan?

Aku mulai sedar bahawa itu bukan cinta dariMu
Itu cinta dari si nafsu
Ya Allah, bantulah aku
Bantulah aku melupakan cinta ini
HambaMu ini khilaf
Sesungguhnya aku telah tersesat di jalan ini, tuntunlah aku kemana pergi
Andaikata aku jatuh sekali lagi
Jatuhkanlah aku didalam cinta keredhaanMu
ameen~

Ohh~ Para Mujahid. Ke mana antum menghilang??

"Ahh~ Lebih baik duduk rumah. Main 'game'. Ada manfaatnya daripada melepak"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh~

Pernah dengar tak kata-kata diatas tu? Selalunya dikeluarkan oleh lelaki-lelaki malaya kita ni. Sangat taksub dengan hiburan-hiburan sebegini. Bukannya nak kata haram. TIDAK! Tapi cuma nak ingatkan mereka. Jangan terlalu terleka. Malah ada sesetengah tu langsung tak boleh menerima teguran. Nak nak pula dari wanita. Apa lagi, naiklah egonya. Bila ditegur dan ditanya, apa kebaikan main game ni?
"Baguslah main daripada melepak kat luar tu, kacau perempuan. Lagipun, kitorang bukan main game macam 'perempuan' ni. Game ni game perang. Boleh belajar strategi peperangan."

Kalau nak belajar perang sangat, pergilah jadi anggota sukarelawan dekat Palestin ker..Libya ker. Baru kenal peperangan.

Lagi satu hal, umur dah menjangkau 2o tahun ke atas tapi masih lagi berminat dengan anime. Kata orang lelaki, kartun untuk kanak-kanak, anime barulah untuk dewasa. Banyak beza tuuh. Jadi, bila ditanya apa kebaikan tengok anime ni?

"Boleh bina kreativiti"

Sampai bila? sejak dari dulu tengok kartun & anime, tak ada pula daya kreativit yang ditunjuk Kan bagus kalau ditonjolkan melalui dakwah. Misalnya, cuba lahirkan rancangan animasi yang diselit dengan unsur-unsur Islam. Barulah boleh bawa kebaikan kepada agama. Bukannya menatap anime sehingga beribu episod. Malah sanggup untuk bersengkang mata untuk memuat turun dari internet. (hahah...marah para jejaka malaya kita)

Dah main game pastu tengok animasi, sudah tentulah hanya duduk dirumah ja. Kata mereka, bahaya keluar rumah. Gejala sosial sekarang semakin meningkat. Kalau keluar tentu akan bertemu dengan kawan-kawan yang tak elok.

Hallooo..buka mata, buka minda, buka hati. Kalau beginilah sikap para mujahidin kita, bagaimana dunia kita nanti. Adanya mereka hanya dirumah menghadap game dan anime. Ke mana mereka dalam program dakwah? Menjadi kebiasaan kebanyakan para pelajar lelaki di semua IPT terpengaruh dengan perkara-perkara macam ni. Apa kata kita cuba kurangkan? Keluarlah kamu semua, dekati para muslimin diluar sana. Ikut program-program yang boleh membawa lebih banyak manfaat kepada kita. Benarlah, DOTA (Dunia Orang Tanpa Awek). Mereka sendiri yang melabelkan sebegitu, maknanya mereka sedia maklum tentang kesannya. Bukan nak suruh pergi cari awek, tapi cuba dekati dunia luar ni. Sehinggakan isu-isu dunia pun dah terlepas.


AYUH PARA MUJAHIDIN, BANGKITlah gerakkan ISLAM!

Utusan khas untuk calon suami akhiratku


Bismillahirrahmanirrahim..


Wahai calon suami akhiratku,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh..




Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.

Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu

hingga engkau

menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna

dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.






Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..In

sya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamii

n” dari lisanku.

Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.




Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.






Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini

menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan

telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.






Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama a

gar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.




Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…

Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…





Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..

Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..

Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..


Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…

Aku menunggu lisan ijab darimu..

InsyaAllah,sedia menanti di sini..^^

Terdapat ralat dalam alat ini