Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Ahad, 17 April 2011

Semakin jauh ku berjalan....

Semakin jauh ku berjalan, semakin itu aku berfikir
Semakin jauh ku berjalan, semakin itu aku ragu-ragu

Dimana terletaknya yang terbaik untukku
Mencari yang sempurna sungguh membuat aku penat
Penat berjalan untuk lebih jauh
Penat berfikir untuk bertemu yang terbaik

Di jalan ini, aku nampak kecantikan
Tapi, aku tinggalkan
Kerana aku fikir dihadapan ada yang lebih cantik

Dijalan ini, aku nampak kebaikan
Tapi aku tinggalkan
Kerana aku fikir dihadapan ada yang lebih baik

Dijalan ini, aku nampak keikhlasan
Tapi aku tinggalkan
Kerana aku fikir dihadapan ada yang lebih ikhlas

Di penghujung garisan pencarian
Aku tidak menemukan dan memiliki satu apa pun
Baik yang cantik, baik mahupun yang ikhlas
Adakah pilihanku terlalu sempurna untuk dimiliki??

Apakah kesudahannya?
Allah pasti HEBAT perancanganNya!

RASULULLAH SAW
bersabda:
”Kalau datang kepadamu seorang lelaki yang meminang yang kau senangi
agama dan akhlaqnya, maka terimalah. Kalau tidak, boleh menjadi fitnah di atas
bumi dan kerusakan yang besar.” (HR Tirmidzi dan selainnya)