Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Jumaat, 24 Jun 2011

Kisah Aku dengan Kucing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

waaa..lamanya tak update blog. Nak kata sibuk tu taklah sangat. Tapi, biasalah. Dah masuk alam pekerjaan macam ni, hanya waktu malam sahaja diperuntukkan untuk berehat. Oleh yang demikian, perasaan nak buka laptop untuk online memang tersangat-sangatlah malasnya. Tambahan pula, idea susah nak keluar bila dah lama tak belajar. Apa yang ada dalam fikiran ni cuma masalah akaun ja. Tapi, sekurang-kurangnya bersyukur juga sebab dikesibukkan masa ni, Allah beri juga peluang(kesihatan) kepada diri ni untuk terus solat dan membaca al-Quran. Disinilah aku temu kekuatan dan ketenangan disaat diri ni sunyi daripada tarbiah-tarbiah yang ada dikampus dulu.
::Banyak pula celotehnya ya...hiiii ^_^"::
Namun, apa yang nak dikongsi dalam blog ni hanya sekadar apa yang aku belajar sejak akhir-akhir ni. Baru-baru ni, ada la seekor LAGI anak kucing yang baru dilahirkan didalam almari rumah aku ni. Aku kasihan betul la dengan kucing-kucing ni. Sebabnya, termasuk sebelum ni dah banyak sangat kucing suka sangat buat rumah aku ni sbeagai rumah persinggahan sedangkan penghuni-penghuni didalam rumah ni bukanlah gemarkan kucing, termasuklah aku.

Aku hairan sangat dengan diorang(kucing) ni, bukannya tak ada rumah lain kat kawasan rumah ni, tetapi kenapa rumah ni juga yang dipilih??kenapa???kenapa???(maaf, emosional pula ^_^")
Balik kepada isu tadi(kelahiran anak kucing). Ada la seekor ibu kucing ni, selepas dia melahirkan anak dia, boleh pula senang-senang dia tinggalkan dalam almari luar rumahku ni. Sampai anak dia teriak bukan main(ala..macam bayi nak susu tu). Ingatkan kucing nak datang balik, rupa-rupanya ditinggalkan anak dia selama-lamanya kat sini. Jawabnya, bermalam-malam juga kami dengan teriakan anaknya. Nasib baiklah kami ni ada belas kasihan lagi. Abang aku la yang rajin pi buat susu kat dia. Disebabkan susu tepung habis, kami bagi susu tin je la..hehe..
Betul mak aku cakap, anak kucing mana la minum susu tin. Dia nak susu ibu dia juga. Aii..susah bebenor jaga kucing ni. Abang aku yang entah macam mana boleh tiba-tiba jadi penyayang ni, pergila beli susu kucing. Harganya RM20..mahal daripada susu tepung biasa. Lepas beli, terus dibuat dan diberi. Aku ni tidaklah membenci kucing, tapi cuma sedikit geli. Nak diceritakan, dulu aku tidaklah sepenakut sekarang, tetapi sejak ada seekor kucing di kolej tempat aku belajar dulu, asyik ikut ja aku. Sampai naik tangga pun dia ikut. Kalau sekadar nak ikut, ok lagi. Ini tidak, dicakar-cakarnya kaki aku. Nasib baik aku pakai stokin. Agak lama aku larikan diri dari kucing tu. Dia asyik nak kacau aku. Semenjak dari tu, memang sungguh aku penakut kucing.

Berbalik kepada cerita sekarang ni, aku teringat dengan kes pembuangan bayi. Ibu kucing ni sama ja dengan ibu yang kat luar tu yang suka buang bayi merata-rata tempat. Dah pula tu, baru-baru ni, si ibu kucing ni datang, tapi ditenung ja anak dia. Langsung tak bagi susu pun. Geram rasanya. Sedangkan anak dia nak susu dia. Aku yang jadi penakut kucing ni, sejak adanya anak kucing ni, aku belajar nak pegang kucing. Tapi kucing ni asyik nak cakar-cakar ja. Banyak kali juga la aku terbaling anak kucing ni ke dalam kotak sebab dia seakan-akan nak mencakar.

Aku cuba nak jadi ibu kucing terbaik, aku berilah susu guna plastik aiskrim(abg aku yang ajar). Kemudian, diikat dan bucunya ditebuk sedikit agar senang disuap ke mulut anak kucing tersebut. Tetapi, anak kucing ni tak mau jugak minum. Macam lah aku nak kasi racun. Beberapa hari selepas tu, aku diberitahu bahawa anak kucing dah mati. Kami sendiri tak tahu apa sebabnya. Salah siapakah? Ibu kucing yang enggan memberi susunya? Susu tepung yang dibeli beracun? Atau...
ehhehehe...
..THE END..
Assalamualaikum

2 ulasan:

  1. Mungkin ibu kucing tu pertama kali ada anak..so xde experience lagi nk susu2kn anaknya...
    p/s : saya sekadar bersangka baik sbb x tgk sendiri keadaan si ibu dan si anak.. :D

    Dalam Al-Qur'an ada di nyatakan :
    "ULA IKAL AN'AM,BAL HUM ADHOLL"
    ~demikian mereka seperti binatang,bahkan lebih teruk iaitu dari binatang~

    benarlah ayat ini,jika kita lihat tatkala hari ini,manusia bukan setakat membiarkan anaknya kelaparan,bahkan sanggup membunuh anak ini ketika mana masih dalam kandungan lagi.. jadi sama-sama muhasabah sama ada dari kepimpinan negara,masyarakat,ibu bapa mahupun individu sendiri..adakah kita masih berdiam diri menantikan kehancuran generasi kita? bahkan tidak mustahil seandainya kita tak buat apa2,ia akan terjadi pada orang yg terdekat dgn kita,wana'uzubillahi min zaalik..

    Firman Allah yg bermaksud :
    "Wahai orang2 yang beriman,peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari kebinasaan neraka..."

    "Ya Allah,selamatkanlah diri kami,keluarga kami dan seluruh ummat ini dari kecelekaan dunia ini..Allahumma ameen?

    BalasPadam
  2. masyaAllah..hebatnya pmikiran yg Allah kurniakan pd anta..
    hmm..mungkin btul jgk..atau masa ibunya kcik2 dlu, mmg dlahirkn mcm tu,,tnpa jagaan ibunya..maka, kurglah pngetahuan tntang tu ^_^"

    ttng prihal pmbuangan bayi skrg ni, ana cuba kongsikan tntang sabda Rasulullah SAW,

    "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Maka si sahabat tersebut bertanya:
    "Siapakah orang itu ya Rasulallah?"
    Baginda pun menjawab:
    "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."

    Maka dengan itu, dapat kita simpulkan tentang kes ni memang sangat dipandang keji didalam Islam, dan Islam sendiri bukan sahaj menjaga hubungan kekeluargaan malah kepentingan umat sejagat..indahnya dan beruntunglah yang memeilih Islam.

    Semoga kita terus diperkukuhkan di dalam Islam

    Syukron atas kesudian anta meninggalkan komen diruangan ana...jemput singgah lagi ya ^_^

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini