Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Khamis, 3 Februari 2011

Bergambar di semester akhir

Assalamualaikum wbt!
Salam 1Malaysia!

waa...macam tak percaya sudah berada disemester akhir. Rasa macam kejap ja kan?
dah dekat 3tahun lamanya aku di UiTM Kedah. Pahit manis semuanya terasa. Banyak perkara aku pelajari disana. Bertemu dengan mereka yang banyak mengajar aku tentang erti kehidupan tak mengkin dapat aku lupa. Baru-baru ni, kelas aku ada mengambil gambar sempena semester akhir. Mula-mula macam tak nak beli gambar-gambar tu, sebab mahal sangat. Tapi sebagai kenangan yang mungkin dapat mengenangkan kembali saat-saat didiploma, aku beli je
la. Kami bergambar di sekitar bangunan C. Sambil-sambil tunggu tu, ambil gambar guna camera sendiri dulu. Nak tengok?? Jeng3...;)
yg atas ni gmbr2 aku dengan bestfriends aku
start rapat 4org ni masa MDS sesi Jan11




Yang diatas ni, gambar2 bersama sahabat2 Iman. Yang bersamaku suka & duka..ehhe
Rindunya untuk berjuang bersama mereka..sob3


Yang diatas ni pula semua kawan2ku yang berada didalam kos yang sama
Diploma in Banking, Part6
Masing-masing mengenakan pemakaian korporat pada hari rabu
nampak lebih seragam

Ok, tu jelah. Cuma nak gitau, berkawan biarlah beribu. Hargai kawan-kawan yang kita temui.
Saya petik kata2 daripada Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini,
Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan.
Juga daripada
Imam Umar bin Abdul Aziz sebagai peringatan bersama,
Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.
Allahu 'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan