Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Selasa, 26 Julai 2011

Kisah Si Buruk yang cantik

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh

Salam Sya'ban yang semakin berlalu pergi, kedatangan Ramadhan kini dirai. Bagaimana agaknya Ramadhan kali ini? Apa yang diharapkan semoga Ramadhan kali ini 1000x lebih baik dari yang sebelum ni. Jika Ramadhan yang lepas disia-siakan, gunalah peluang hidup ni untuk memperbaikinya semula. Beruntung ya sekarang ni masih bernafas untuk mencoret sedikit pengisian minda yang agak ringan sekadar muhasabah diri yang lekanya tak pernah tinggal sesaatpun.

Ilham yang telah lama bercambah diruangan minda ni kini terpaut juga dalam blog ni. Pernahkah kalian ingat tentang suatu kisah dongeng suatu masa dulu?
Kisah Si Anak Itik yang hodoh. Yang menjadi hairannya, si anak itik ini dulunya hodoh, memang lain dari adik-beradiknya yang lain. Tetapi, entah bagaimana si anak itik ni menjadi seekor itik yang cantik apabila ianya dewasa. Perasan atau tidak, kehidupan si anak itik sama seperti kita.

Jika dahulunya kita berkeadaan comot, kusut masai, kurang cantik, kurang hensem serta bermacam-macam lagi. Sehinggakan kita menyalahkan takdir yang menjadikan kita ni buruk berbanding orang lain. Bermula dari situ, timbullah pelbagai persoalan yang mengungkit segala apa yang dijadikan Allah. Hilanglah rasa bersyukur disitu.

Tetapi, pernahkah kita terfikir, selain Allah menciptakan makhluk dengan sedemikian rupa, Allah juga mencipta perasaan. Perasaan untuk menghargai dan memuji orang lain. Walau macam mana pun cantik, kacak dan anggunnya anda, jika Allah tidak meredhakan perasaan melihat diri anda itu cantik, anda tidak akan dipandang cantik. Hati dan perasaan sememangnya milik kita akan tetapi, ianya diciptakan Allah. Allah lebih tahu.

Ingin saya kongsikan dengan anda pengalaman saya. Suka untuk saya kongsi dengan anda kerana sememangnya apa yang dikarang di dalam blog ni segalanya bersangkut paut dengan pengalaman dan kisah hidup saya. Beginilah, pernah saya memuji kecantikan seorang gadis ni. Subhanallah, dia sangat cantik. Maksud kecantikan tu apabila melihat wajahnya yang tampak sempurna. Namun, terbit kesal dalam hati kerana dia tidak menutup aurat sepenuhnya. Walaubagiamanapun, saya berharap semoga dia mendapat hidayahNya sebelum terlewat. Berbalik kepada kisah si gadis ni, apabila mendengar pujian terhadapanya, sahabat saya terus memotong.

"Cantik apanya dayah. Tolongla...muka pucat la"

Tersenyum saya mendengar katanya. Butakah aku? Apakah aku melihatnya dengan mata hati atau mata nafsu? Rupa-rupanya, ada kisah disebalik komen sahabat saya pada gadis ni. Nak diceritakan, sahabat saya sebenarnya ada konflik dan menyimpan rasa dendam kerana perbuatan si gadis ni kepadanya suatu ketika dahulu. Ya, saya pun pernah mendengar hal berkenaan dengan gadis ini dari mulut orang lain. Biasalah, kehidupan wanita. Ada yang suka, ada yang tak suka. Berita yang buruk mudah ja tersebar.

Maka dengan itu, saya klasifikasikan pandangan sahabat saya ni datangnya dari hatinya. Apabila hatinya ada kebencian, apa yang dilihatnya akan menjadi sebaliknya. Betapa hebatnya ciptaan Allah, Dia bukan sahaja mencipta pelbagai wajah manusia yang berbeza, atau bentuk cop jari yang dimiliki oleh manusia seluruh dunia, malah Dia juga menciptakan persaaan yang berbeza walaupun pandangan ditumpukan kepada objek yang sama. Waah..macam subjek fizik pulak.hehe..

Apa yang nak disimpulkan disini adalah, walaupun diri merasakan tidak cantik/hensem, jika diri dan jiwa kita disolek dengan akhlak dan ketaqwaan kepadaNya, insyaAllah, ianya akan tergambar melalui wajah kita. Seperti kata-kata dari Saidina Umar al-Khatab, yang saya letak dalam blog ni,

"Barangsiapa yang jernih hatinya akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata diwajahnya."


Nah! Usah bersedih hati jika anda rasa kurang cantik atau kurang hensem. Yang perlu kita tahu ialah kecantikan itu adalah subjektif. Ada orang rasa anda buruk, anda yang rasa anda cantik atau hensem. Yang penting, bukanlah kecantikan/keheenseman ni yang menentukan aturan hidup anda didunia dan diakhirat kelak. Sekarang tanya pada diri anda, anda cantik dimana?


Jaa mata~

Assalamualaikum ^_^

2 ulasan:

  1. "Wanita yang paling cantk itu,iaitu wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya cantik asbab kpd hati dan dirinya yang sibuk memuji kecantikan Allah atas segalanya"

    BalasPadam