Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kasih Allah kepadaku...

"Kamu tahu tak, sekarang ni dah macam-macam kes berlaku, terutamanya orang-orang perempuan ni. Naik motor bahaya sekarang ni,"ujar pak cik tu dengan nada bersungguh-sungguh.

Kata-kata pak cik ni benar-benar melemahkan semangatku untuk menunggang motorsikal ke kampus.

Memang ada benarnya kata-kata pak cik tu. Tidak dinafikan pada zaman sekarang ni, banyak sangat kes-kes yang melibatkan para wanita. Rogol, bunuh, ragut dan sebagainya. Hal ini sangat berbeza dengan era persekolahan rendahku dulu.

Semasa di sekolah, aku memang kerap pulang lewat. Ditinggalkan van sekolah dan dilupakan untuk diambil dari sekolah memang menjadi perkara biasa bagiku. Kalau ada kelas tambahan pada waktu malam, jika ahli keluargaku terlupa untuk menjemput, aku akan tunggu di luar sekolah tu sampai tengah malam. Aku tidak pernah kenal erti takut. hehehe..

Kalau aku ditinggalkan van sekolah, aku akan berjalan seorang diri pulang ke rumah yang berberapa puluh kilometer jauhnya dari sekolah. Kalau masuk acara larian beramai-ramai, pasti aku menang dari segi ketahanan.hahaha..

Hal ni terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah, pernah sampai 5jam aku tunggu untuk pulang. Aku sendiri tak faham kenapa aku sering dilupakan. sedih,sedih...sob3..
Protes aku? Paling kurang, aku akan buat muka sebek ja. Pastu, dapat duit.heeEE¬

Dan sekarang ni, aku sudahpun masuk ke universiti. Aku tak mahu menyusahkan keluargaku untuk menjemputku setiap kali cuti. Aku sanggup tinggal berbulan-bulan di kolej atau naik bas awam ja. Aku telah belajar berdikari sejak dari sekolah lagi. Sekarang, aku sudah memiliki sebuah skuter yang memudahkanku untuk ulang-alik dari kampus ke rumah sewa. Mak aku sendiri yang menyarankan aku membeli sebiji motorsikal. Aku yakin dari setiap keizinan mak aku pasti ada keberkatannya.

Pernah suatu petang tu, aku tertinggal van sekolah, sampai nak dekat maghrib aku tunggu.
Nak berjalan lagi, aku pun penat. Bayangkanlah, dengan tubuhku yang kecil menggalas sebuah beg yang 2x lebih berat daripada tubuhku. Biasela, sekolah rendah, kalau boleh semua buku nak bawa. Jadi, aku ambil keputusan untuk tunggu ja. Pasti mereka akan teringatkanku. Nak buat macam mana, hidup dalam sebuah keluarga yang mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai, yang kecil ni memang akan selalu dilupakan.

Setelah hampir beberapa jam, aku terperasan ada pak cik motor ni duk tengok aku sambil menunggang motor melalui hadapan sekolahku. Aku malas nak ambil peduli. Aku kemudian melakarkan sesuatu di atas pasir dengan menggunakan sebatang ranting kecil. Sesekali aku menguis ulat gonggok yang cuba mengganggu kerja seniku. Kemudian, aku terperasan pak cik ni datang balik. Hairan aku dibuatnya, kenapa duk ulang-alik kat jalan ni. Pastu tengok-tengok. Kemudian, dia memberhentikan motornya dihadapan aku. Aku bingkas berdiri mendongak ke arahnya. Dia bertanya,
"Ayah terlupa datang ambil ker?"
Aku diam kemudiannya mengangguk.
"Naiklah, pak cik hantarkan."
Tanpa berfikir apa-apa, aku terus naik motor tu. Pastu dia bagi aku pakai helmet. Kemudian di suatu simpang tu, dia tanya aku, ke mana jalan rumahku. Aku boleh pulak lupa jalan rumahku. Boleh dikatakan dua kali pak cik tu pusing-pusing taman tu cari rumahku. Mana tidaknya, selalunya kalau aku berjalan pulang, aku ikut jalan kecil. Bila pak cik ni masuk jalan besar, memang sungguhla aku tak ingat. Kemudian pak cik tu tanya aku, nama taman aku. Barulah jumpa lorong rumahku. hahaha..apelah, buat malu jer.


Begitulah bezanya dengan era zaman sekarang ni, kalau la pak cik yang Allah hantarkan kepada aku berniat jahat terhadapku, aku sendiri tak pasti apa yang berlaku pada aku sekarang ni.Tambahan pula banyak kes penculikan kanak-kanak untuk dijadikan peminta sedekah dan ada juga yang dijual untuk diambil organ-organ penting untuk keuntungan masing-masing. Ya Allah, sungguh aku bersyukur dengan keadaan yang aku rasai sekarang.
Terima kasih ya Allah kerana sepanjang umurku yang 21tahun ni Kau telah menjagaku dan melindungiku. Malah aku bersyukur dengan segala nikmat yang Kau curahkan kepadaku.

Walaupun pelbagai dugaan yang aku hadapi menjelang dewasa ini, aku tetap bersyukur kerana setiap ujianNya kepadaku adalah untuk mendekatkanku kepadaNya kembali. Bertambah cinta aku kepadaNya. Alhamdulillah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan