Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Selasa, 5 Julai 2011

Kenapa susah-susah nak buang yang keruh...

Orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih
Kenapa susah-susah nak tapis yang keruh dengan yang jernih?
Kan senang pilih yang jernih terus...
Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum..

Begitulah kita, dalam ikatan persahabatan mahupun suami-isteri, perlu ada sikap saling memaafkan dan mengakui kesalahan masing-masing. Kebanyakan daripada kita, apabila timbulnya krisis dalam sesuatu perhubungan, terus diputuskan ikatan tersebut. Bukankah dalam Islam sendiri melarang kita untuk memutuskan ikata silaturrahim?

Jika antara kita yang berkelahi, cepat-cepatlah berdamai. Apabila seseorang ingin berbaik semula dengan kita, jangan diikut ego dan sikap sombong yang memuncak dalam diri kita. Saling memaafkan dan lupakan segala persengketaan yang pernah berlaku. Jalinkan hubungan seperti biasa. Mungkin ada diantara kita yang susah untuk melupakan dan seringkali menyimpan dendam. Tetapi, saudara/i perlu ingat, sedangkan Rasulullah yang maksum pun memaafkan umatnya, inikan pula kita. Pernah dahulu semasa penerimaan Islam di Makkah, penduduk-penduduk serta kana-kanak membaling batu bertubi-tubi di belakang baginda. Bukan itu sahaja, baginda juga pernah dibaling tahi, dihina, serta dipulau. Tetapi, baginda hanya mengatakan bahawa, "Mereka tidak tahu." MasyaAllah, begitu tinggi akhlak baginda, sentiasa bersikap memaafkan.

Biarlah mereka yang jahil melempar segala perbuatan mereka kepada kita. Usah dibalas. Saya petik tentang kisah sahabat yang dicintai Nabi.

Pada ketika itu, sahabat baginda,Saidina Abu Bakar r.a. serta baginda dicaci oleh orang kafir. Lalu, sahabatnya membalas cacian tersebut sedangkan sebelum itu, baginda hanya tersenyum. Tetapi, setelah sahabatnya membalas cacian tersebut, baginda terus beredar.

Lalu, ditanya oleh sahabatnya tentang hal ini, "Ya Rasulullah, tadi dia mencaci makiku namun engkau tetap duduk, tapi setelah ku balasi sebahagian kata-katanya, engkau marah dan berdiri. Mengapa demikian ya Rasulullah?"

Maka dengan itu, Rasulullah pun menjawab," Sesungguhnya bersamamu ada malaikat, kemudian dia berpaling darimu. Ketika engkau membalas perkataannya, datanglah syaitan dan aku tidak sudi duduk bersama syaitan itu," jawab Rasulullah S.A.W.

Kemudian baginda meneruskan nasihatnya, " Tidak teraniaya seseorang kerana penganiayaan yang ia sabar memikulnya kecuali Allah akan menambahakan kepadanya kemuliaan dan kesabaran."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dari Abu Kabsyah Al Anmari)

Memang ada kebenaran yang terselit didalam butiran nasihat yang disampaikan oleh baginda. Malah, saya sendiri pernah merasakan bagaimana rasanya dicaci serta diherdik oleh seseorang yang bersikap ingin berdebat. Bertubi-tubi kesalahan saya yang dihujahnya. Deraian air mata ini hanya Allah sahaja yang memahaminya. Lalu, saya tadahkan tangan saya berdoa dengan sepenuh hati saya, meminta agar mereka menyedari tentang apa yang mereka lakukan kepada saya. Selepas berbapa hari kemudian, saya disapa olehnya.

Dalam hati ini terbit rasa kesyukuran yang teramat sangat kerana mereka melayan saya seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin orang akan kata saya ini bodoh dan senang sahaja melupakan apa yang orang buat kepada saya. Tetapi, sungguh saya berasa seronok kerana saya sudah buang yang keruh, dan mengambil yang jernih. Dalam setiap perkara bukan segalanya yang keruh, tetapi ada juga kejernihannya. Kita jangan pandang keburukan yang orang buat kepada kita, tetapi lihatlah segala kebaikan yang mereka berikan kepada kita sebelum ini. Barulah terasa manisnya kehidupan :)

Assalamualaikum... ^_^

2 ulasan:

  1. jika hanya kerana maruah peribadi, hatta akan ingat sampai mati...

    BalasPadam
  2. memang kita perlu ingat untuk mengelakkan kita dijerat kali ke2 dan seterusnya, tetapi bersikap memaafkan adalah cara terbaik untuk mengubati hati yang terluka :)

    BalasPadam