Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Ahad, 14 Ogos 2011

Lorong Zina..hati-hati..jangan sampai tersesat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Masuk hari ni, dah genap dua minggu berpuasa. Baazar masih ligat dibanjiri pengunjung. Tepat jam 5, keadaan bazaar seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tak kurang juga dengan restoran-restoran besar yang juga turut dibuka bagi menggamit pelanggan yang ingin menikmati berbuka puasa diluar.

Seronoknya melihat banyak keluarga mahupun pasangan yang sudah berkahwin yang sedang menunggu waktu berbuka disitu. Namun, hati terusik melihat pasangan-pasangan remaja yang masih belum berkahwin bermesra-mesra dan menangkap gambar bersentuh pipi dan sebagainya untuk diabadikan sebagai kenangan. Indah kan kenangan itu? Namun, ianya pasti bersulam hiba andai kenangan itu dilihat oleh suami atau isteri mereka suatu hari nanti.

Tiada langsung rasa cemburu dalam diri ni melihat mereka sedang beromantik disitu. Tetapi, apa yang menghairankan. Sepatutnya, dibulan Ramadhan ni, perlulah ada sikap menghormati. Mereka seolah-olah tidak ambil pusing lagi soal halal dan haram. Apa yang penting, keinginan dan nafsu dalam diri ditunaikan.

Ingin saya kongsikan tentang satu artikel yang mana saya temui didalam laptop. Pasti ianya cetusan dari seorang blogger, tetapi tak tahu nak 'credit' kepada siapa. Apapun, ianya sememangnya perkongsian yang menarik dan berharap minda anda dapat menangkap apa yang disampaikan..

LORONG ZINA

1) MEMANDANG seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan. Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya.


2) SENTUHAN adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

3) BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar menutup aurat tidak mampu ditunaikan.


4) HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lain (berlainan jantina) berasa senang bersama. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

5) DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali perlukan privacy. Lagi pun bukannya apa-apa.
Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar ditepis.

6) HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

...wassalam...

2 ulasan:

  1. nice:)penyampaian yg mudah difahami n de cra pendekatan yg tersendiri..

    BalasPadam
  2. ^_^ syukron
    smoga kita sntiasa dipelihara dan diperkukuhkan keimanan daripada melalui lorong sebegini

    BalasPadam