Assalamualaikum, sahabat...
Saya ada rahsia
Eh, mana boleh kasi tahu sini
Eh, mana boleh kasi tahu sini
Tapi, saya nak bagi tahu jugak
Saya geli dan takut dengan cacing dan ular
Saya geli dan takut dengan cacing dan ular
..apatah lagi dengan kala jengking
Saya dapat tahu
..dalam kubur kita nanti ada semua tu
Tapi, Allah 'bagi tahu' saya
ada caranya kalau nak selesaikan masalah ni
Kenala banyakkan ibadat kat dunia ni
Jangan lalai solat, taati ibu bapa dan suami
Saya ada rahsia
...lagi??
Ya, saya takut gelap
Kalau di rumah, ada suis lampu
..boleh tekan sendiri
Tapi, saya pun tahu
..dalam kubur nanti mana ada semua tu
kalau saya nak minta sediakan
...bolehkah saya tekan suis tu??
kenapa?
tangan dan kaki saya sudahpun dikapankan
saya takut!!
Tapi, Allah dah 'bagi tahu' saya
saya kena rajin membaca al-Quran
sebab 'dia'la yang akan memberi cahaya kepada saya nanti
tapi, saya bingung..
apakah saya perlu takutkan semua ni?
jika saya melakukan ibadat dan menjauhi kemungkaranNya
..apakah saya akan jauh dari neraka?
sehinggalah saya bertemu dengan jawapannya
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Seandainya, amal ibadatku tidak mampu menyelamatkan aku,
aku pinta kepadaMu..
aku pinta kepadaMu..
anugerahkanlah mata yang menangis
...asbab kepada takutkan-Mu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan