Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Jumaat, 4 Mac 2011

Ohh~ Para Mujahid. Ke mana antum menghilang??

"Ahh~ Lebih baik duduk rumah. Main 'game'. Ada manfaatnya daripada melepak"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh~

Pernah dengar tak kata-kata diatas tu? Selalunya dikeluarkan oleh lelaki-lelaki malaya kita ni. Sangat taksub dengan hiburan-hiburan sebegini. Bukannya nak kata haram. TIDAK! Tapi cuma nak ingatkan mereka. Jangan terlalu terleka. Malah ada sesetengah tu langsung tak boleh menerima teguran. Nak nak pula dari wanita. Apa lagi, naiklah egonya. Bila ditegur dan ditanya, apa kebaikan main game ni?
"Baguslah main daripada melepak kat luar tu, kacau perempuan. Lagipun, kitorang bukan main game macam 'perempuan' ni. Game ni game perang. Boleh belajar strategi peperangan."

Kalau nak belajar perang sangat, pergilah jadi anggota sukarelawan dekat Palestin ker..Libya ker. Baru kenal peperangan.

Lagi satu hal, umur dah menjangkau 2o tahun ke atas tapi masih lagi berminat dengan anime. Kata orang lelaki, kartun untuk kanak-kanak, anime barulah untuk dewasa. Banyak beza tuuh. Jadi, bila ditanya apa kebaikan tengok anime ni?

"Boleh bina kreativiti"

Sampai bila? sejak dari dulu tengok kartun & anime, tak ada pula daya kreativit yang ditunjuk Kan bagus kalau ditonjolkan melalui dakwah. Misalnya, cuba lahirkan rancangan animasi yang diselit dengan unsur-unsur Islam. Barulah boleh bawa kebaikan kepada agama. Bukannya menatap anime sehingga beribu episod. Malah sanggup untuk bersengkang mata untuk memuat turun dari internet. (hahah...marah para jejaka malaya kita)

Dah main game pastu tengok animasi, sudah tentulah hanya duduk dirumah ja. Kata mereka, bahaya keluar rumah. Gejala sosial sekarang semakin meningkat. Kalau keluar tentu akan bertemu dengan kawan-kawan yang tak elok.

Hallooo..buka mata, buka minda, buka hati. Kalau beginilah sikap para mujahidin kita, bagaimana dunia kita nanti. Adanya mereka hanya dirumah menghadap game dan anime. Ke mana mereka dalam program dakwah? Menjadi kebiasaan kebanyakan para pelajar lelaki di semua IPT terpengaruh dengan perkara-perkara macam ni. Apa kata kita cuba kurangkan? Keluarlah kamu semua, dekati para muslimin diluar sana. Ikut program-program yang boleh membawa lebih banyak manfaat kepada kita. Benarlah, DOTA (Dunia Orang Tanpa Awek). Mereka sendiri yang melabelkan sebegitu, maknanya mereka sedia maklum tentang kesannya. Bukan nak suruh pergi cari awek, tapi cuba dekati dunia luar ni. Sehinggakan isu-isu dunia pun dah terlepas.


AYUH PARA MUJAHIDIN, BANGKITlah gerakkan ISLAM!

2 ulasan: