Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Isnin, 7 Mac 2011

Sedih tentang JODOH??

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Hari ini bersyukur sangat-sangat

Tak tahu kenapa gembira sangat
(Tapi tak boleh seronok sangat)
Terasa seperti Allah telah mendengar doaku
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan iman kepadaku agar terus kuat menghadapi ujianNya selepas ini
Hari ini Allah beri kenikmatan, bila-bila sahaja Dia akan tarik balik

Tadi ada singgah di wall kawan di Facebook
Kemudian, ada terjumpa kawan ni post video klip Akhil Hayy
Tajuk lagu tu "Suara Hidayah"
Waa..
Best :)
Sebab ada nama saya!
Sebenarnya memang dah lama minat dengan lagu-lagunya
Sejak dengar lagu "Kembara di Tanah Gersang"
Terus minat dengan semua yang dikeluarkannya
Samada ceramahnya, ceritanya
Sebelum ni semua sedia maklum dengan kisahnya dengan Waheeda
yang hangat menjadi bualan orang
agak sedih dan ku dapat rasakan perkara ni pun bukanlah kehendak mereka
Tapi sekarang lega apabila mereka dah berkahwin
Sekurang-kurangnya mulut orang boleh ditutup serta fitnah terhadap mereka pun dah hilang
Malah, melihat kepada perubahan yang ditampilkan oleh Waheeda pun kita boleh agak bagaimana Akhil Hayy mendidik isterinya
Semoga mereka kekal bahagia selamanya :)

Alamak~ Terlebih sudah cerita pasal orang
Sebut pasal kahwin, bila dah memasuki alam 20an ni
Selalu ja dengar orang nak kahwin
Tengok dalam Facebook pula, ramai yang sebut nak jodoh nak kahwin
Malah, sekarang ni banyak pula artikel-artikel tentang kahwin
Bukan tu ja, dalam rumah sewa pun sama..eheh
Biasalah tu, semua orang ada keinginan nak kahwin
Cuma ada calon atau tak ada ja
Entahla sempat ke tidak
Tak kisahla tentang jodoh
Kalau Allah nak beri sekarang, InsyaAllah terima
Kalau tak ada, kat syurga kan ada :)
Boleh berkahwin dengan lelaki syurga
Bahagianya
(senyum sorang-sorang)


Bukan apa, tengok lelaki kat dunia ni rasa macam hilang keinginan
OPPS~
Aku masih 'straight'!
.
.
.
Maksudnya, bila tengok lelaki A, dalam hati ni kata,
Dia tidak sesuai untuk dijadikan pemimpin kamu

Bila tengok lelaki B,
Dia terlalu sempurna untuk kamu, sedangkan kamu?
masih bertatih lagi dalam mencari ilmu kehidupan

Kadang-kadang, ianya melemahkan semangatku untuk mengharapkan pada perkara-perkara ni
Jadi, bila fikiran macam tu, hati ni tidak teringin lagi nak bercinta
apatah lagi nak mencari-cari dan menyimpan perasaan
YANG PENTING!
Perlu banyakkan lagi ilmu didada ni
Tumpukan sepenuhnya kepada Allah dan juga pelajaran
Sebab Ilmu di dunia ni kalau berkat, boleh menjamin akhirat

So, chaiyo' kawan-kawan diluar sana
Jangan sedih kerana anda belum bertemu dengan cinta
Kalau dah jodoh kat dunia, tak kemana
Di syurga nanti sentiasa ada :)
ameen...

2 ulasan: