Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Rabu, 16 Mac 2011

Aku cinta kamu...

Bismillah ir-rahman ir-rahim

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh

Alhamdulillah, aku baru tamat Test Operation Management pagi tadi. Malah, kelas untuk minggu ni dah habis. Leganya rasa. Aku sengaja keluar awal test tadi agar boleh siapkan kerja-kerja projek semester ni. Kemudian, bolehlah aku menunggang balik ke Kulim. Lamanya tak balik. Rindunya...
Tapi, segala peranacangan aku telah dihentikan kerana ada tugasan untuk diselesaikan bersama kawan-kawan aku. Tertekan rasanya.

Untuk meluangkan masa yang ada sebelum menanti hari esok, aku ke Pusat Islam. Menenangkan diri ni, walaupun aku tak boleh balik, aku rasa lega sebab aku boleh merehatkan diri sebentar di sini. Syukur rasanya, hari ni aku masih lagi berpeluang untuk mengalunkan ayat-ayat suci dari kalam Allah. AL-QURAN..


Kerana apa ianya diturunkan kepada kita?
Mari kita selak terjemahan kitab al-Quran, surah al-An'am ayat 156 & 157.
"(Kami turunkan Al-Qur'an itu) agar kamu (tidak) mengatakan, "Kitab itu hanya diturunkan kepada du golongan sebelum kami (Yahudi dan Nasrani) dan sungguh, kami tidak memerhatikan apa yang mereka baca,
atau agar kamu (tidak) mengatakan, "Jikalau Kitab itu diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk daripada mereka." Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling dari padanya? Kelak, Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, kerana mereka selalu berpaling.

Haa..dah tahu apa sebabnya? Kita pun tahu kan apa itu Al-Qur'an. Ha! Jangan nak menidakkan kewujudannya apatah lagi menafikannya. Sebagai muslim, kita patut kenal dengannya. Dekatilah ia. Ianya diturunkan kepada kita untuk memperingatkan kita semula. Sebab itu lah kita kena sentiasa membacanya. Bukan sekadar membaca sahaja, malah perlu juga mendalami maksudnya. Bagi yang arif dalam ilmu bahasa arab ni, alhamdulillah. Yang tidak, disyorkan untuk anda membeli terjemahan Al-Quran. Tak mahal pun. Sekarang ni dah banyak dijual, macam-macam warna ada. tak sampai RM50. Saya beli RM40++ ja. Mudah, boleh bawa kemana-mana sahaja. (bernada promoter)

"Malu nak baca Al-Quran laa"
Apa?? Malu? Eh, tak perlu la malu-malu. Ish, malunya tidak bertempat pula :)
Kenapa mesti malu? Sebab tak pandai membaca? Jangan risau, mula pada awal. Kalau tak mula sekarang, bila lagi? Siapa kata tak pandai baca Al-Quran, tidak dapat apa-apa. Cuba baca ni,
Dari Siti Aisyah r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W.(sambut);
"Orang yang pintar membaca Al-Quran (dibangkitkan) bersama para Malaikat Pencatit yang mulia lagi patuh. Sedang orang yang mengaji Al-Quran dengan merangkak, yakni sukar untuk mengeluarkan bunyinya akan memperoleh pahala dua kali ganda."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, kalau anda rasa anda masih membaca merangkak-rangkak dan malu sangat, buanglah sifat tu. Tapi, kena tingkatkan juga pembacaan tu. Nak jadi orang yang berjaya kena banyak usaha. Kalau sudah lancar lidahnya tentulah pahalanya lebih-lebih lagi. Malah, dalam hadith diatas ada mengatakan orang yang pandai membaca Al-Qur'an dan fasih lisannya akan dibangkitkan di hari kiamat bersama para Malaikat Kiraaman Bararah, yakni Malaikat Pencatit amalan yang mulia. Kalau dah dibangkitkan dengan Malaikat yang mulia ni sudah tentulah juga termasuk orang-rang yang dimuliakan. Waaa~ best kan? :)


Betapa ruginya kita yang tidak memanfaatkan al-Quran ni, beli mahal-mahal letak atas almari. MasyaAllah...semoga perkongsian yang sedikit dan sekejap ni dapat membuka pintu hati kita untuk terus mencintai Al-Quran...
Assalamualikum...

p/s: Aku cinta kamu......Al-Quran!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan