Renungan...

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Mukadimah

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Khamis, 3 Mac 2011

Ujian Hari Ini : LULUSkah aku?

Hari ini aku diuji dengan 2 perkara. Ujian Dunia & Ujian Allah.

Bertungkus-lumus aku untuk hadapi test tengah hari tadi. Memang benar, tak semua yang kita inginkan boleh dikecapi dengan usaha semata-mata. Menggeletar tangan tak mampu mengarang lagi, fikiran hanya tertumpu kepada kesakitan.

Lama rasanya aku menekan-nekan kesakitan tadi. Melihat rakan disebelahku, cemburu rasanya dapat melihat mereka menjawab tanpa sebarang kesulitan. Aku cuba memegang pen untuk menulis sepatah perkataan. Namun, lemah. Soalan tersebut sepatutnya dapat aku jawab dengan sebaiknya. Malah, aku sudah bersedia untuk meluahkan jawapan-jawapannya serta menghuraikannya sebaik mungkin. Apakan daya, usaha semata-mata tak mampu menandingi kekuasaan Allah untuk mengujiku. Ya Allah, sakit sangat.

"Masa tinggal lagi 5minit." Puan Najah sudah berkira-kira untuk mengutip kertas jawapan pelajar-pelajarnya. Aku masih tak mampu menulis apa-apa pun untuk soalan teori tersebut. Sekarang, hanya tinggal aku sahaja yang tidak menghatar kertas jawapan. Mujurlah puan memahami. Namun, aku bersyukur aku telah menyiapkan soalan-soalan yang berbentuk pengiraan. Aku berusaha juga untuk menulis isi-si penting untuk soalan teori tersebut supaya aku tidak kehilangan markah disitu. Namun, 11markah hilang untuk soala-soalan yang lain. Aku redha.

Aku melangkah perlahan menuju ke tempat letak motorsikal di belakang Court Yard. Ya Allah, hanya engkau sahaja yang tahu keperitan yang kurasakan sekarang ni. Susahnya untuk bergerak ke sana. Tambahan pula, kelas tadi di bangunan akademik. Jauhnya.. Terasa macam nak pengsan. Aku tak berdaya lagi. Aku berhenti untuk duduk rehat. Makin lama aku duduk, makin rasa tak sedap pula. Aku bangun untuk berjalan ke tempat letak motorsikal. Tersentak rasanya melihat skuterku dihadang oleh motorsikal yang lain. Aduh, macam mana ni. Nak berjalan pun tak larat, apatah lagi nak alih-alih motorsikal orang.

Aku duduk di penghadang longkang dihadapan skuterku. Kononnya nak kumpul tenaga. Aku menutup mukaku dengan tangan. Tiba-tiba aku tersedar bunyi enjin motor R&Z memasuki ruang kosong tempat letak motor ni, bersebelahan dengan aku. Malas rasanya nak angkat muka untuk melihat siapa penunggangnya. Aku terus membatu. Ku fikir, mereka pasti beredar, lalu ku angkatkan mukaku. Kulihat, dua orang pelajar lelaki sedang membelek rambut mereka dicermin motor yang menghadang skuterku tadi. Aku fikir motor mereka, rupa-rupanya si pemilik motor yang baru masuk tadi.

Dengan ramahnya salah seorang dari mereka bertanya, " Tak sihatkah?"

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Tak pergi UK?" tanya mereka lagi.

"Tak," jawabku perlahan.

Aku tunduk kemudian menunjuk kearah skuter aku. Baru mereka faham tentang keadaan yang sebenar. "Nak tolong alihkan motor, ker?"

"Haa..," pendek sahaja aku jawab sambil mengangguk.

Pertolongan mereka aku balas dengan hanya ucapan terima kasih. Tak mampu nak tersenyum.

Aku menggagahkan diriku untuk membawa skuterku keluar pula. Apa yang aku fikir sekarang ni, adalah samada aku sempat sampai ke rumah atau aku pengsan dengan skuterku ni. Memang perit rasanya.

Namun, aku selalu pujuk hati ni agar tidak mengeluh dengan ujianNya. Aku harap aku LULUS kedua2nya. Hari ni aku diuji dengan kesakitan, esok apa pula?

"Ya Allah, pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu. Janganlah Kau sesatkan aku selepas Kau berikan hidayah kepadaku. Andaikata kesakitan ini adalah pengampunan dosa2ku yang lalu, aku rela. Tidak aku pinta dikurangkan ujian buatku, tetapi kuatkanlah kesabaran dan keimananku..ameeen"


3 ulasan:

  1. insyaALLAH...hidayah lulus ujian ALLAH yg 1 nie,
    berusaha lah berjaya utk ujian sterusnya :)
    (renungan bersama)

    BalasPadam
  2. ameen...thanks wani :)
    siapalah kita untuk menduga masa depan org
    kdg2 yg buruk blea brubah jd baik, yg baik pula diuji samada kekalkah keimanan mreka
    sama2 kita doakan smoga kita adalah yg dipilih dlm rahmatNya :)

    BalasPadam